Isnin, Mac 23, 2009

Puding Buah koktail

Agar2 sebungkus(dlm 37.5g )
Telur 10 biji (asing 3 biji kuning telur utk dimasukkan dlm kuah )
Air 3 gelas
3/4 tin susu manis
Kuah kastad
Gula 1 cawan
Esen vanila 1 sudu teh
Tepung Kastad 2 sudu besar
Susu cair 1 tin1/4 tin susu manis
Koktail 1 tin-asingkan air nya

Cara-cara:
1.Masak agar2 dgn air. Biarkan sejuk seketika.
2.Pukul telur hingga kembang. Masukkan susu manis.
3.Masukkan agar2 tadi ke dalam bancuhan telur. Pukul lagi.
4.Tuangkan ke dalam acuan.
5.Utk kuah kastad masukkan gula.esen vanila,tepung kastad yg dibancuh dgn air,susu cair,susu manis,air koktail ke dalam periuk.
6.Masak seketika. Kacau supaya tak berketul.
7.Hidangkan. Hiaskan dgn buah2 koktail

-

Cencaru Bakar Air Asam

Bahan-bahan:

2 ekor cencaru
1 biji tomato
10 biji cili padi
1 ulas bawang besar
2 sudu pes asam jawa
4 biji limau nipis/kasturi
sedikit belacan
sedikit garam
sedikit perisa
sedikit lada sulah

Cara-cara
  • bersihkan ikan dan letakkan garam dan sedikit lada sulah, perap dalam 1/2 jam dan dibakar.
  • potong dadu tomata, bawang dan cili padi. Perah limau kasturi untuk dapatkan jusnya.
  • hancurkan belacan dalam jus limau tersebut dan ditambah dengan pes asam jawa (boleh juga gunakan asam jawa berbiji dan dapatkan airnya)
  • masukkan 2 sudu air masak (kalau gunakan air asam jawa, air tidak perlu ditambah).
  • campurkan semua bahan yang telah dipotong tadi tambahkan sedikit perisa

Cencaru Sumbat

Bahan-bahan:
4 ekor cencaru
3 ulas bawang marah
2 sudu pes asam jawa
1 sudu garam
sedikit serbuk perasa

Cara-cara:
  1. bersihkan ikan dan belah belakang (untuk letak sambal) jangan sampai terputus
  2. Tumbuk bahan diatas sehingga lumat
  3. perap ikan dalam 15-30 minit kemudian goreng ikan tersebut dalam minyak yang banyak dan api yang sederhana sehingga masak
  4. ikan agak kehitaman apabila masak.
  5. boleh dihidang

Resepi Bebola Ikan

Bahan-bahan:

1/2 kg ikan (kembung, tenggiri)
sedikit lada sulah
1 sudu kecil garam
tepung ubi @ jagung
air (untuk merebus)

cara-cara:

1. ikan yang telah dibersihkan diasingkan isi daripada tulang dan dikisar halus tanpa air
2. campurkan isi ikan bersama lada sulah dan garam sehingga sebati, kemudian masukkan tepung sehingga adunan tidak melekat ditangan memasa menguli
3. didihkan air untuk merebus
4. bentukkan bebola ikan dan masukkan kedalam air yang sedang direbus
5. tunggu sehingga bebola ikan timbul dan bolehlah diangkat

*untuk buat sup bebola ikan - 3) tumis kuah, tambah rempah ratus @ gunakan perisa sup segera digunakan sebagai air rebusan. Untuk menambah selesa tambah Ubi kentang, labak, suhun dan dry tofu....


.

Khamis, Mac 19, 2009

Mie Goreng Mamak


Bahan-bahan:

4 ulas bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih
60 gram udang
60 gram sotong
60 gram isi ayam
1 sudu besar pes cili
100 gram tauhu goreng
1 biji tomato
1 sudu kicap pekat
1 sudu kicap cair/manis
1 biji telur
140 gram/1 bungkus mi kuning
3 sudu minyak masak
sedikit kucai, tauge @ sawi

Cara-cara:

1.panaskan minayk, tumis bawang merah, putih dan pes cili sehingga naik bau
2. Masukkan isi ayam sehingga agak masak kemudian masukkan sotonng dan udang
3. Masukkan mie kuning dan semua bahan-bahan lain
4. Sedia untuk dihidangkan




Laksam & kuah

Laksam:

Tepung beras
1 paket Tepung gandum
3 atau 4 sudu besar
Air (tepung : air, 1:2)

Kuah:

Ikan Selayang/Sardin 4/5 ekor
Kelapa 1
biji Lada hitam
Bawang merah
Halia Asam Keping
Garam secukup rasa

Cara-cara buat laksam
1. Bancuh tepung beras & gandum ngan air. Agak2 la, jgn terlalu pekat or cair.
2. Senduk kan 1 atau 2 senduk dalam, tuangkan di atas tudung periuk atau loyang bulat.3. Kukuskan & bila adunan tu dh gelembung, masak la tu, gulung tepi laksam dengan sudu. Sejukkan dalam pinggan.
4. Bila Sejuk baru potong.

Cara-cara buat kuah
1. Rebus ikan
2. Asingkan isi ikan dan tumbuk hingga lumat dengan lada hitam, bawang merah & sedikit halia.
3. Masukkan santan & campur sume bahan tumbuk, asam keping & sedikit garam.
4. Panaskan atas api. Jangan masak sampai mendidih.


Ulam:-Taugeh, Timun, Kobis, Kacang Panjang, Daun kesom

Isnin, Mac 16, 2009

Rahsia Alam



Rahsia Petua


Ikan tetap segar

Basuh ikan yang hendak disimpan kedalam peti ais tanpa siang, ia dapat mengekalkan kesegaran lebih lama berbanding ikan yang telah disiang. Selain itu juga dapat mengekalkan rasa ikan tersebut. Jangan rendam kesemua ikan yang masih beku, sekadar biarkan ais cair dan rendam beberapa ekor yang hendak dimasak sahaja, simpan semula ikan yang tak digunakan.

Puting Susu

Gunakan sabun mandi semasa membasuh puting botol susu untuk melambatkan ia berdaki dan rendamkan puting susu yang telah berdaki bersama bikabonat untuk memudahkan hilangkan daki


Rahsia Pandan

Melembutkan daging

Masukkan akar pokok pandan kedalam rebusan daging untuk mempercepatkannya lembut. Ia dapat melembutkan daging dan mengelak bau hanyir daging

Pau Lebih Enak

Gunakan air rebusan daun pandan dapat membuat pau lebih enak, dan masukkan beberapa helai daun pandan ke dalam air yang digunakan untuk mengukus untuk menambah bau pau lebih enak.


  1. Taburkan garam di atas cabinet dapur anda dapat membantu dari di datangi semut.
  2. Menyapukan vinegar yang sejuk dengan segera ke atas kulit yang melecur dapat membantu melegakan kesakitan degan cepat, ianya juga dapat mengelakan dari melepuh atau menggelembung.
  3. Membersihkan tompokan minyak dan grease dengan mencampurkan sedikit baking soda ke dalam air basuhan.
  4. Sabukan garam sedikit pada griddle, membantu agar pancake tidak akan melekat.
    Campurkan 1 sudu makan vinegar pada buah-buahan yang sedang kita masak dapat membantu menambah rasa yang lebih sedap.
  5. Campurkan baking soda ke dalam air lalu rendamkan kuali yang hagus ketika memasak Rendamkan kuali dalam 10 minutes. Ini dapat membantu memudahkan pembersihan.
  6. Tambahkan sedikit garam ke dalam Vas yang berisi air lalu letakkan bunga-bunga hidup yang ingin kita hias di dalam rumah. Bunga akan tahan lama. Tidak perlu meletak panadol lagi, kerana harganya mahal.
  7. Sekiranya anda memasak menggunakan kaedah "double boiler" tambahkan sedikit garam ke dalam airnya. Ini membantu mempercepatkan makanan yang dimasak.
  8. Apabila anda membeli periuk baru, masakan air di dalam kuali itu hingga mengelegak lalu campurkan sedikit vinegar, biar seketika lalu buang airnya. Ini dapat mengelakkan kuali dari melekat sewaktu memasak
  9. Mencairkan ikan frozen dengan cara merendamkanya di dalam susu. Ini dapat membantu menghilangkan rasa frozen dan ianya akan memberikan rasa yang segar dan sedap
  10. Bungkuskan celery dengan aluminium foil apabila menyimpanya di dalam refrigerator. Ini membantu celery tahan lebih lama.
  11. Campurkan garam dengan sedikit air lalu gosok-gosokkan pada tangan anda kemudian dibilas denga air suam dan sapun. Ini boleh menghilangkan bau bawang
  12. Hirisan kentang mentah boleh membuang kekotoran pada jari, dengan cara gosokannya pada jari yang kotor kemudian bilas dengan air.
  13. Daun Salad dapat membantu membuang lemak berlebihan pada soup dan stew. Caranya masukan beberapa helai daun salad ke dalam periuk kemudian biarkan seketika dimana lemak akan melekat pada daun salad.
  14. Rendamkan tomato terlalu tua dan lembik ke dalam air sejuk dan biarkan semalaman. Insya allah keesokan harinya anda boleh lihat tomato yang segar dan tegang apabila disentuh." Daun Salad juga sama tetapi salad tidak perlu direndam semalaman (5-15 minit sahaja)
  15. Rendamkan gubahan dari cili, bawang, timun dan tomato di dalam air yang dicampur dengan ais. Nanti gubahan akan kembang dengan cantik. Tidak perlu menggunakan air kapur lagi.
  16. Sapukan tangan anda dengan minyak makan sebelum memulakan memotong cili.Ini membantu dari tagan anda terasa pijar cili.
  17. Benamkan tangan anda ke dalam beras dalam 5 minutes sekiranya anda terasa pijar cili.
  18. Tambahkan sedikit garam ke dalam minyak yang hendak menggoreng ikan. Ini membantu mengelakkan ikan dari melekat.

Rahsia Resepi

TEPUNG PELITA

Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras
1 biji kelapa diperah jadi
4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air sedikit
kapur dan sedikit garam

Caranya:

1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
7.Sejukkan dan boleh makan


MASAK LEMAK TEMPOYAK IKAN PATIN

Bahan kisar:

Cili merah
halia
kunyit hidup
Bawang putih
Bawang merah
Ikan patin
Daun kunyit
serai(dititik)
santan asam keping
Garam secukup rasa Tempoyak

Cara :

1. Panaskan minyak sedikit dan tumiskan bahan dikisar sehingga wangi.
2. Tuangkan santan, serai,asam keping dan garam dan kacau sehingga kuah mendidih.
3. Masukkan ikan patin dan daun kunyit dan biarkan ia mendidih lagi di atas api yg kecil.
4. Akhir sekali masukkan tempoyak, gaul rata dan biar ia masak.
5. Angkat dan hidangkan.