Ikan tetap segar
Basuh ikan yang hendak disimpan kedalam peti ais tanpa siang, ia dapat mengekalkan kesegaran lebih lama berbanding ikan yang telah disiang. Selain itu juga dapat mengekalkan rasa ikan tersebut. Jangan rendam kesemua ikan yang masih beku, sekadar biarkan ais cair dan rendam beberapa ekor yang hendak dimasak sahaja, simpan semula ikan yang tak digunakan.
Puting Susu

Gunakan sabun mandi semasa membasuh puting botol susu untuk melambatkan ia berdaki dan rendamkan puting susu yang telah berdaki bersama bikabonat untuk memudahkan hilangkan daki
Rahsia Pandan
Melembutkan daging
Masukkan akar pokok pandan kedalam rebusan daging untuk mempercepatkannya lembut. Ia dapat melembutkan daging dan mengelak bau hanyir daging
Pau Lebih Enak
Gunakan air rebusan daun pandan dapat membuat pau lebih enak, dan masukkan beberapa helai daun pandan ke dalam air yang digunakan untuk mengukus untuk menambah bau pau lebih enak.
- Taburkan garam di atas cabinet dapur anda dapat membantu dari di datangi semut.
- Menyapukan vinegar yang sejuk dengan segera ke atas kulit yang melecur dapat membantu melegakan kesakitan degan cepat, ianya juga dapat mengelakan dari melepuh atau menggelembung.
- Membersihkan tompokan minyak dan grease dengan mencampurkan sedikit baking soda ke dalam air basuhan.
- Sabukan garam sedikit pada griddle, membantu agar pancake tidak akan melekat.
Campurkan 1 sudu makan vinegar pada buah-buahan yang sedang kita masak dapat membantu menambah rasa yang lebih sedap. - Campurkan baking soda ke dalam air lalu rendamkan kuali yang hagus ketika memasak Rendamkan kuali dalam 10 minutes. Ini dapat membantu memudahkan pembersihan.
- Tambahkan sedikit garam ke dalam Vas yang berisi air lalu letakkan bunga-bunga hidup yang ingin kita hias di dalam rumah. Bunga akan tahan lama. Tidak perlu meletak panadol lagi, kerana harganya mahal.
- Sekiranya anda memasak menggunakan kaedah "double boiler" tambahkan sedikit garam ke dalam airnya. Ini membantu mempercepatkan makanan yang dimasak.
- Apabila anda membeli periuk baru, masakan air di dalam kuali itu hingga mengelegak lalu campurkan sedikit vinegar, biar seketika lalu buang airnya. Ini dapat mengelakkan kuali dari melekat sewaktu memasak
- Mencairkan ikan frozen dengan cara merendamkanya di dalam susu. Ini dapat membantu menghilangkan rasa frozen dan ianya akan memberikan rasa yang segar dan sedap
- Bungkuskan celery dengan aluminium foil apabila menyimpanya di dalam refrigerator. Ini membantu celery tahan lebih lama.
- Campurkan garam dengan sedikit air lalu gosok-gosokkan pada tangan anda kemudian dibilas denga air suam dan sapun. Ini boleh menghilangkan bau bawang
- Hirisan kentang mentah boleh membuang kekotoran pada jari, dengan cara gosokannya pada jari yang kotor kemudian bilas dengan air.
- Daun Salad dapat membantu membuang lemak berlebihan pada soup dan stew. Caranya masukan beberapa helai daun salad ke dalam periuk kemudian biarkan seketika dimana lemak akan melekat pada daun salad.
- Rendamkan tomato terlalu tua dan lembik ke dalam air sejuk dan biarkan semalaman. Insya allah keesokan harinya anda boleh lihat tomato yang segar dan tegang apabila disentuh." Daun Salad juga sama tetapi salad tidak perlu direndam semalaman (5-15 minit sahaja)
- Rendamkan gubahan dari cili, bawang, timun dan tomato di dalam air yang dicampur dengan ais. Nanti gubahan akan kembang dengan cantik. Tidak perlu menggunakan air kapur lagi.
- Sapukan tangan anda dengan minyak makan sebelum memulakan memotong cili.Ini membantu dari tagan anda terasa pijar cili.
- Benamkan tangan anda ke dalam beras dalam 5 minutes sekiranya anda terasa pijar cili.
- Tambahkan sedikit garam ke dalam minyak yang hendak menggoreng ikan. Ini membantu mengelakkan ikan dari melekat.

0 ulasan:
Catat Ulasan